Kamis, 22 Oktober 2009

ARTIKEL

TARI PIRING
Tarian Piring (Minangkabau: Tari Piriang) merupakan sebuah seni tarian milik orang Minangkabau yang berasal dari Sumatra Barat. Ia merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau.Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh talempong dan saluang. Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut. Bagi menambah unsur-unsur estetika , magis dan kejutan dalam tarian ini, penari lelaki dan perempuan akan memijak piring-piring pecah tanpa rasa takut dan tidak pula luka. Penonton tentu akan berasa ngeri apabila kaca-kaca pecah dan tajam itu dipijak sambil menarik.
Keindahan dan keunikan Tari Piring telah mendorong kepada perluasan persembahannya dikalangan rakyat jelata, iaitu dimajlis-majlis perkahwinan yang melibatkan persandingan. Dalam hal ini, persamaan konsep masih wujud, iaitu pasangan pengantin masih dianggap sebagai raja iaitu 'Raja Sehari' dan layak dipersembahkan Tari Piring di hadapannya ketika bersanding.
Tari Piring mempunyai peranan yang besar didalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Minangkabau. Pada dasarnya, persembahan sesebuah Tari Piring di majlis-majlis perkahwinan adalah untuk tujuan hiburan semata-mata. Namun persembahan tersebut boleh berperanan lebih daripada itu. Persembahan Tari Piring didalam sesebuah majlis perkahwinnan boleh dirasai peranannya oleh empat pihak iaitu; kepada pasangan pengantin kepada tuan rumah kepada orang ramai kepada penari sendiri

Pasangan pengantin adalah orang yang diraikan didalam majlis perkahwinan. Mereka digelar 'Raja Sehari'. Oleh itu, persembahan Tari Piring di hadapan mereka adalah pelengkap kepada hari bersejarah tersebut.Dalam masa yang sama pasangan pengantin akan merasai bahawa kehadiran mereka sebagai 'raja sehari' sedang dinanti-nantikan oleh orang ramai dengan simbolik 'selamat datang' melalui Tari Piring tersebut. Hal yang sama juga akan dirasai oleh kedua-dua ibu bapa serta keluarga pengantin. Mereka merasakan bahawa majlis persandingan tersebut belum tamat dan tidak lengkap jika tidak disertai dengan persembahan Tari Piring.

Dikalangan orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan itu pula, selain sebagai suatu hiburan, mereka boleh memberi semangat kepada para penari Tari Piring agar membuat persembahan yang lebih baik dan menyeronokkan. Malah, kadangkala orang ramai yang menonton akan turut serta menyertai persembahan tersebut, semata-mata untuk memeriahkan suasana atau untuk menunjukkan kebolehan mereka. Keadaan ini agak berbeza pula kepada para penari Tari Piring itu sendiri. Setengah daripada penari Tari Piring yang masih bujang, menunjukkan kehebatan mereka menari adalah untuk 'memikat' gadis-gadis pengiring daripada pihak yang bertandang atau gadis-gadis sekampung yang sedang menonton persembahan mereka.

Suatu perkara yang menarik bagi Tari Piring pentas ialah kebolehan dan kecakapan penarinya memijak-mijak kaca di atas pentas sebagai mengakhiri persembahan Tari Piring. Didalam persembahan ini kaca yang telah dipecah-pecahkan berukuran antara tiga hingga delapan sentimeter di longgokkan di atas pentas yang kemudiannya dipijak-pijak serta dikuis-kuis dengan kaki oleh para penari. Simbolik kepada acara ini ialah "para pembawa hidangan sedang melalui atau memijak kaca piring yang pecah semasa mereka membawa sajian lauk pauk untuk dewa-dewa" . Kaki penari tidak cedera.

- Cara menari
Terdapat berbagai cara atau versi untuk menari Tari Piring, bergantung kepada tempat atau kampung atau daerah di mana Tari Piring tersebut diamalkan. Namun tidak banyak perbezaan antara satu tempat dengan tempat yang lain, khususnya mengenai konsep, pendekatan dan gaya persembahan. Secara keseluruhannya, untuk memahami bagaimana sesebuah Tari Piring dipersembahkan, berikut adalah urutan atau susunan sesebuah persembahannya.



1. Persiapan awal.
Sudah menjadi kebiasaan bahawa sesebuah persembahan kesenian harus dimulakan dengan persediaan yang rapi. Sebelum sesebuah persembahan diadakan, selain latihan untuk mengujudkan kecekapan, para penari Tari Piring juga seharusnya mempunyai latihan penafasan yang baik agar tidak kacau sewaktu membuat persembahan.
Menjelang hari atau masa persembahan, para penari Tari Piring mestilah memastikan agar pring-piring yang mereka akan gunakan berada dalam keadaan baik. Piring yang retak atau sumbing harus diketepikan atau digantikan dengan yang lain, agar tidak membahayakan samada kepada diri sendiri atau orang ramai yang menonton. Ketika ini juga penari telah memutuskan jumlah piring yang akan digunakan.
Segera setelah berakhir persembahan Silat Pulut di hadapan pasangan pengantin, piring-piring akan diatur dalam berbagai bentuk dan susunan di hadapan pasangan pengantin mengikut jumlah yang diperlukan oleh penari Tari Piring dan kesesuaian kawasan. Dalam masa yang sama, penari Tari Piring telah bersiap sedia dengan menyarungkan dua bentuk cincin khas, iaitu satu di jari tangan kanan dan satu dijari tangan kiri. Penari ini kemudian memegang piring atau ceper yang tidak retak atau sumbing.



2. Memulakan tarian.
Tari Piring akan bermula sebaik sahaja rebana dan gong dipukul oleh para pemusik. Penari akan memulakan Tari Piring dengan 'sembah pengantin' sebanyak tiga kali sebagai tanda hormat kepada pengantin tersebut iaitu; sembah pengantin tangan di hadapan sembah pengantin tangan di sebelah kiri sembah pengantin tangan di sebelah kanan


3. Semasa menari
Selesai dengan tiga peringkat sembah pengantin, penari Tari Piring akan memulakan tariannya dengan mencapai piring yang di letakkan di hadapannya serta mengayun-ayunkan tangan ke kanan dan kiri mengikut rentak muzik yang dimainkan. Penari kemudian akan berdiri dan mula bertapak atau memijak satu persatu piring-piring yang telah disusun lebih awal tadi sambil menuju ke arah pasangan pengantin di hadapannya. Pada kebiasaannya, penari Tari Piring akan memastikan bahawa semua piring yang telah diatur tersebut dipijak. Setelah semua piring selesai dipijak, penari Tari Piring akan mengundurkan langkahnya dengan memijak semula piring yang telah disusun tadi. Penari tidak boleh membelakangkan pengantin.
Dalam masa yang sama kedua-dua tangan akan berterusan dihayun ke kanan dan ke kiri sambil menghasilkan bunyi 'ting ting ting ting .......' hasil ketukan jari-jari penari yang telah disarung cincin dangan bahagian bawah piring. Sesekali, kedua-dua tapak tangan yang diletakkan piring akan dipusing-pusingkan ke atas dan ke bawah disamping seolah-olah memusing-musingkannya di atas kepala

4. Mengakhiri persembahan
Sesebuah persembahan Tari Piring oleh seseorang penari akan hanya berakhir apabila semua piring telah dipijak dan penari menutup persembahannya dengan melakukan sembah penutup atau sembah pengantin sekali lagi. Sembah penutup juga diakhiri dengan tiga sembah pengantin dengan susunan berikut; sembah pengantin tangan sebelah kanan sembah pengantin tangan sebelah kiri sembah pengantin tangan sebelah hadapan.


- Unsur-unsur gerak tari piring
Tari Piriang Sulueh yang terdapat di Pariangan memiliki tipe transisi yang bermacam-macam, namun dari semua tipe transisi itu ada tipe yang dominan. Sesuai dengan pendapat Lomax (1978: 240) bahwa setiap budaya cenderung memiliki bermacam-macam tipe transisi, tetapi ada satu tipe atau satu klaster tipe yang dominan. Berdasarkan observasi yang dilakukan berulang-ulang bahwa tipe transisi yang terdapat dalam tari Piriang Sulueh ini adalah:
1. transisi jungkir balik ke samping kiri secara terus menerus terlihat pada ragam gerak bagolek di atas piring,
2. transisi melompat dan membelok terlihat pada ragam gerak mairiak,
3. transisi berputar sederhana dan berputar penuh dengan cepat terlihat pada ragam gerak serakan-jalo,
4.  transisi membelokkan badan ke samping kiri dan ke samping kanan sambil memutar kedua tangan membuat figur angka delapan bergantian, dilakukan dari arah samping kiri membelok ke samping kanan dan belok lagi ke samping kiri terlihat pada ragam gerak basiang,
5. transisi memutar kedua tangan yang secara bergantian membuat figur delapan, sambil melangkah maju turun-naik terlihat pada ragam gerak galuik ramo-ramo. Semua transisi di atas termasuk transisi yang rumit. Transisi yang kurang rumit dibandingkan dengan transisi di atas adalah:
1. transisi tangan yang kaku diiringi dengan kaki yang kaku ke arah samping kanan terlihat pada ragam gerak manyabik,
2. transisi membelok sederhana atau zigzag sederhana ke depan diiringi dengan transisi tangan dari siku-siku kiri ke siku-siku kanan dan sebaliknya, terlihat pada ragam gerak antak siku,
3. transisi bentuk spiral ke depan terlihat pada ragam gerak alang tabang. Adapun transisi sederhana hanya terlihat seolah-olah melompat-lompat kecil dan melangkah hati-hati ke depan sambil menginjak piring, terlihat pada ragam gerak mainjak piriang. Terakhir transisi samar-samar atau tidak jelas terlihat pada ragam gerak maangin. Sejalan dengan tipe-tipe transisi tari Piriang Sulueh di atas, Lomax (l978:240-243) mengemukakan bahwa setiap tari memungkinkan memiliki tipe-tipe transisi:
1.samar-samar(vague),
2. simple reversal yaitu transisi pemutaran sederhana, garis edar aksinya hanya mengulang kembali garis yang sama terus menerus,
3. cyclicyaitu aksi melingkar dengan mengulang kembali bundaran atau jalan edar seperti kurva, contohnya mengengkol motor,

1. angular yaitu gerak kaku dengan pola siku-siku,
2. rotation yaitu aksi berputar,
3. curved yaitu aksi membelok dan
4. loopedyaitu aksi jungkir balik.
Kecuali aksi jungkir balik (looped) maka semua tipedimasukkan ke dalam klaster one or two-dimensional. Khusus tipe looped dan yang menggunakan dua tipe transisi yang two-dimensional sekaligus, dapat dimasukkan ke dalam klaster three-dimensional. Tipe transisi tiga dimensi dilihat pada segi keruangan. Selain looped, gerakan lengan dan tungkai yang dilakukan dengan gerak spiral, tangan-tangan yang berhadapan secara asimetris, serta gerakan pergelangan tangan dengan liku-liku geraknya juga dimasukkan pada klaster tiga dimensi.

- Tempoh menari
Tempoh atau jangkamasa menari oleh seorang penari Tari Piring adalah bergantung kepada kecekapan dan kemahiran penari itu sendiri. Kecekapan dan kemahiran menghayun piring yang diseimbangkan dengan ketukan cincin amat perIu. Penari Tari Piring yang tidak terlatih mungkin akan menyebabkan piring yang diletakkan di tapak tangan terIepas dan jatuh ke tanah. Biasanya insiden seperti ini amat memalukan penari tersebut.
Dalam masa yang sama kepantasan penari melangkahkan kaki untuk memijak piring yang telah disusun juga akan mempengaruhi tempoh sesebuah Tari Piring. Namun pada keseluruhannya, seseorang penari Tari Piring akan hanya menari dalam tempoh masa antara tiga hingga lima menit sahaja. Oleh itu, pada lazimnya, sesebuah persembahan Tari Piring di hadapan pengantin akan hanya mengambil masa tidak melebihi 15 menit, dengan persembahan Tari Piring oleh antara tiga hingga tujuh orang. PerIu ditekankan bahawa sesebuah persembahan Tari Piring mesti disertai oleh penari dengan jumlah yang ganjil misal satu, tiga, lima, tujuh atau sembilan orang.

- Pakaian
Pada kebiasaannya, pakaian yang berwarna-warni dan cantik adalah perkara wajib bagi sesebuah tarian. Tetapi bagi Tari Piring, memadai dengan berbaju Melayu dan bersamping saja. Warna baju juga adalah terserah kepada penari sendiri untuk menentukannya. Namun, warna-warna terang seperti merah dan kuning sering menjadi pilihan kepada penari Tari Piring kerana ia lebih mudah di lihat oleh penonton.

 Unsur wirahma
- Iringan
Alat musik yang digunakan untuk mengiringi Tari Piring, memadai dengan pukulan Rebana dan Gong sahaja. Pukulan Gong amat penting sekali kerana ia akan menjadi panduan kepada penari untuk menentukan langkah dan gerak Tari Piringnya. Pada kebiasaannya, kumpulan Rebana yang mengiringi dan mengarak pasangan pengantin diberi tanggungjawab untuk mengiringi persembahan Tari Piring. Namun, dalam keadaan tertentu Tari Piring boleh juga diiringi oleh alat musik lain seperti Talempong dan Gendang

 Unsur wirasa
Dalam sebuah tarian unsur wirasa itu sangat penting, karena suatu tarian tanpa adanya penghayatan yang disertai ekspresi wajah dan karakter yang ditampilkan akan terasa hambar dan setiap gerakannya terkesan tidak bermakna. Selain itu penghayatan karakter atau tarian juga berfungsi untuk menyempurnakan tarian yang dibawakan, sehingga sesuai dengan apa yang telah menjadi ketentuan dalam tarian tersebut. Misalkan saja jika tarian tersebut sebagai sarana ritual maka ekspresi yang ditampilkan harus benar-benar menggambarkan sebuah kesakralan dan tidak mungkin dibawakan dengan ekspresi wajah yang humoris.
Dalam tari piring ini ekspresi wajah yang ditampilkan oleh para penarinya seperti menggambarkan sebuah keceriaan sehingga terkesan sebagai tarian hiburan semata, namun pada dasarnya jika dilihat dari gerakan pada saat penari melompat-lompat di atas pecahan piring kesan tarian yang tadinya seperti tarian hiburan tiba-tiba berubah menjadi sakral, ekspresi dan mimic wajah penari pun sejenak berubah mengikuti setiap perubahan gerakan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar